Dy sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum
Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata kat muka anda. Namun, jika sering kali dy memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dy merasakan anda seorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dy
Dy akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda
Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dy merasakan kemesraan itu
.
Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah
Dy akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dy memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap
.
Dy lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda
seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, dy akan cuba berada rapat dengan anda
.
Apabila ditanya sama ada dy suka siapa, dy akan kata, "adalah ..."
sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dy akan buat anda cemburu dengan mengatakan dy sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda
.
Dy juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu
Kemudian si dy akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu
.
Ketika anda dan dy keluar bersama kawan-kawan
dy akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.
Dy akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar
dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dy agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dy akan menggunakan perkataan "saya belanja"
.
Dy tahu mengenai hal peribadi anda
Dy tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dy tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dy akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dy ialah seorang 'stalker'!
.
Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya
bahawa dy sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan2 dy loya, nak muntah itu bermakna dy
amat-amat memuja anda
.
Dy akan cuba untuk sentiasa bersama anda
Dy akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dy akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dy tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya
<tumpang gembira bile orang yang kite sayang sudah menemui cinta hatinya>
No comments:
Post a Comment